Ada orang buat Roti Puri menggunakan yis tapi kalau anda tidak letak pun, tidak apa. Rasa nya masih maintain sedap orang kata. Mesti rindu nak makan Roti Puri kan? Dengan rasa yang crunchy menjadikan hidangan tersebut lagi menarik.
Boleh makan dengan sambal bilis pun sedap atau sambal sardin. Mengikut favourite masing-masing. Jom kita try.
Terima kasih untuk Fienaz Shafie perkongsian resipi Roti Puri ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak
Air (Boleh tuang sikit sikit dan agak agak)
Cara membuat:
- Mula-mula, uli adunan tersebut sehingga tidak lekat pada tangan.
- Kemudian, buat bulat bulat dan boleh dapat dalam 9 biji dragon ball.
- Biarkan dalam 15 minit baru canaikan ia menjadi leper leper serta terus masukkan dalam minyak yang tengah panas .
- Boleh hidangkan dengan sambal bilis, kari ayam, kari ikan, kari daging atau sambal sardin.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fienaz Shafie(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity