fbpx

Cara Mudah Masak Nasi Ayam Dua Versi. Yang Penting, Ayam Kekal Juicy.

iCookAsia

Ada pelbagai cara untuk membuat nasi ayam dan hasil akhirnya sudah tentulah berbeza kan mengikut jenis masakan. Ada yang mahukan kulit crispy namun bahagian isi masih berjus. Ada yang sukakan ayam yang garing, enak dimakan dengan sos katanya.

Untuk resipi kali ini, cara memasaknya agak mudah namun cukup menyelerakan.

 

Cara :

1. Rebus ayam bersama garam secukupnya untuk mendapatkan sup dan untuk tanak nasi.

2. Planta, bawang putih danhalia ditumbuk.Kemudian tumis sampai naik bau. Masukkan minyak bijan secukupnya (untuk 4 cup beras, minyak bijan dalam 1/2 sudu besar atau lebih). Boleh skip jika tidak suka.

3. Cuci beras dan toskan, kemudian masukkankedalam bahan tumis dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk tanak nasi.

4. Untuk ayam putih, boleh rebus separuh masak danapabila nasi sudah hampir masak, boleh juga letakkanayam dan stimkan bersama nasi sehingga nasi dan ayam masak.

5. Untuk ayam kicap,adadua versi, boleh rebus bersama kicap, sos tiram, madu, kemudian tos dan goreng. Atau boleh rebus dahulu kemudian perap dengan kicap.

6. Goreng secukupnya, jangan lama sangat,nanti keras pula.

7. Untuk kicap dan cili boleh sesuaikan mengikut selera masing-masing.

Sumber : Dani Shoppe’s

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x