Dah biasa dengan perkongsian makanan sahaja kan? Untuk perkongsian kali ini, adalah hidangan minuman buat penyejuk tekak. Tak payah tunggu keluar beli di kedai tepi jalan… Boleh buat sendiri di rumah.
Terima kasih Siti Norizan untuk perkongsian resipi Coklat Ais Ketagih ini 😀
(sukatan utk botol 1.5 liter)
Bahan-bahan:
4 sudu besar serbuk coklat/cocoa (brand van houten)
7 sudu besar susu pekat (ikut kemanisan/citarasa masing-masing)
1 cawan air panas
1 cawan air masak
Ais secukupnya
Cara penyediaan:
1. Satukan serbuk coklat, susu pekat dan air panas. Kacau hingga hilang ketul ketul serbuk coklat itu.
*Boleh juga campur dengan susu tepung/susu cair.
2. Selepas itu, bila sudah larut, masukkan air masak dan kacau.
3. Akhir sekali, masukkan ais secukupnya. Siap untuk dihidang!
Amacam? Mudah tak? Anda jangan lupa untuk try di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Norizan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/