Kalau disebut perkataan Kuih, memang ramai teringat musim perayaan. Betul tak? Pada musim pandemik ini, kita sendiri tidak boleh sangka, berpeluang lagi ke untuk menyambut musim Raya bersama keluarga kan? Jangan risau. Untuk persediaan, boleh la kita buat siap siap kuih Raya seperti Kuih Makmur Badam ini. Boleh pos atau buat penghantaran sahaja. Seperti memberi hadiah pada keluarga? Jom practice buat dari sekarang!
Terima kasih Aini Binte Madon untuk perkongsian resipi Makmur Badam ini 🙂
Bahan-bahan:
250 gm butter
100 gm minyak sapi QBB (“kali ni saya guna brand AMUL”)
25 gm gula icing
1 biji telur
480-500 gm tepung gandum (boleh tambah jika perlu)
Badam secukupnya (sebiji-sebiji)
Gula kastor atau gula icing secukupnya (untuk salut)
Cara membuat:
- Masukkan kacang badam ke dalam loyang dan panggang di dalam oven pada suhu 150°C selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan.
- Panaskan butter dan minyak sapi di atas api yang kecil hingga cair. Masukkan ke dalam mangkuk yang besar. Sejukkan.
- Masukkan telur, gula icing dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
- Ambil sedikit doh, leperkan dan isikan dengan sebiji badam. Bentukkan seperti kuih makmur.
- Susunkan di atas loyang pembakar.
- Panaskan dulu oven pada suhu 160-170°C.
- Bakar selama 20-25 minit. Sejukkan.
- Bila dah sejuk, salutkan dengan gula kastor atau gula icing.
Nota: Kalau guna badam seperti yang dalam gambar, boleh gunakan terus dan tak perlu di panggang lagi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aini Binte Madon (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/