Bahulu antara kuih tradisional yang masih menjadi pilihan ramai. Jika dahulu bahulu dibakar dengan sabut kelapa, kini ada pelbagai cara untuk membuatnya. Apa yang penting, memang senang.
Bahan :
1 cawan gula
1 cawan telur
1 ½ cawan tepung gandum – disangai
Esen vanilla
Cara :
1. Putar telur dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan tepung dan esen vanilla.
2. Bakar agak-agak dalam 10 minit atau mengikut oven masing-masing.
Sumber : Aimi Nazirah