Bayangkan setiap gigitan Brownies dilimpahi dengan kemewahan Nutella dan coklat, disempurnakan pula dengan tekstur fudgy, indahnya.
Cara menyediakannya jugak agak straight forward, tidak memerlukan teknik istimewa bagi menghasilkannya. Hanya turuti langkah yang dikongsikan dan confirm menjadi.
Bahan :
100 gm Tepung gandum
190 gm Butter
170 gm Coklat coin jenama Beryls
35 gm Serbuk koko
2 biji Telur gred A
1 sudu kecil Baking powder
160 gm Gula perang
1 sudu kecil Esen vanila
Cara :
- Cairkan coklat coin bersama butter terlebih dahulu.
- Di dalam mangkuk lain, kacau perlahan gula perang, telur dan esen vanila menggunakan spatula.
- Selepas itu masukkan coklat dan butter yang telah dicairkan dan kacau sehingga likat dan pekat.
- Kemudian baru masukkan tepung gandum, baking powder dan serbuk koko. Gaul semua bahan sehingga sebati.
- Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang 8x8x2 inci dan bakar pada suhu 140c selama 40 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
- Selepas siap, lorakkan Nutella di atas brownies mengikut corak yang disukai.
Kredit resipi & foto : Mahani Kuchi Mohd
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/