Hidangan jemput-jemput sangat biasa dihidangkan pada waktu sarapan atau makan petang. Pelbagai cara dan resepi jemput-jemput yang ada. Dan yang paling basic adalah Jemput-jemput Ikan Bilis.
Buat anda yang belum cuba buat, boleh cuba resepi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook ini. Tetapi, jangan pelik kalau beliau menggunakan telur dalam bahannya walaupun ada resepi lain yang tidak menggunakan telur. Biasalah memasak ini, ada cara tersendiri dan rasa mengikut tekak sendiri.
Terima kasih Izan Abdaziz untuk perkongsian resipi Jemput-Jemput Ikan Bilis ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Segenggam ikan bilis
Hirisan bawang (optional, buat yang suka ada isi boleh letak)
Air panas mendidih
Cara membuat:
- Masukan semua bahan kecuali air panas.
- Gaul sebati dan selepas itu, baru masukkan air panas mendidih ke dalam tepung adunan tadi. Gaul dengan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh jemput-jemput.
- Apabila minyak sudah betul-betul panas, boleh goreng dan angkat apabila sudah warna keemasan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Izan Abdaziz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos