fbpx

Cara Tradisional, Nenek Moyang Kita Buat Nasi Impit. Rasa Asli Yang Sangat Sedap!

iCookAsia

Sekarang ini semua resepi versi mudah. Tetapi, pernahkah anda tahu, bagaimana cara tradisional untuk membuat Nasi Impit. Jom belajar buat bersama Datik Adek dan hidang untuk raya nanti. Baru raya anda nampak betul authentic!

Resipi Bubur Lambuk ini diambil daripada buku Makanan Warisan Malaysia, hasil kerja Datin Kalsom dan Datin Hamidah.

Hidangan: 8 orang

Bahan-bahan:
3 cwn beras, dicuci dan ditus
9 cwn air
1⁄2 sdt garam
1 helai daun pandan, disimpul

1 helai kain kasa
loyang berbentuk segi empat tepat

Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau periuk nasi yang besar. Didihkan menggunakan api sederhana atau api kecil.
2. Apabila nasi sudah kembang, kacau sentiasa sehingga nasi menjadi halus dan kental serta tidak melekat pada
tepi periuk.
3. Keluarkan daun pandan dan tuangkan nasi panas ke dalam loyang yang dialas dengan kain kasa lembab.
Ratakan nasi hingga loyang penuh. Selepas itu lipat bahagian hujung kain kasa untuk menutupi nasi.
4. Letakkan satu dulang lain di atasnya dan tindih dengan benda berat seperti batu bata untuk memampatkan nasi yang dibalut ini.
5. Biarkan nasi ini sejuk dan mengeras dalam tempoh lebih kurang 5 jam.
6. Potong dadu sebelum dihidangkan.

Anda boleh dapatkan buku masakan ini secara ‘online’, sila layari:

(Eng) Malaysia’s Culinary Heritage Book – https://shopee.com.my/Malaysia’s-Culinary-Heritage-The-Best-of-Authentic-Traditional-Recipes-i.285973716.5758739314

(Malay) Makanan Warisan Malaysia – https://shopee.com.my/Makanan-Warisan-Malaysia-Resipi-Masakan-Autentik-dan-Tradisional-i.285973716.9930671478

Video resipi ini adalah hasil kerjasama Kalsom Taib Publishing, Penjana, MyCreative Ventures dan Jabatan Warisan Negara.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x