Kalau nak memasak ni, lagi senang kalau dah ada cili yang dah dikisar. Betul tak? Hanya perlu keluarkan dari peti je. Bila guna cili kisar ni dalam masakan, aroma tumisan cili ni memang wangi, bukan itu sahaja, mudah jadi kerja kita terutamanya mak-mak kita yang selalu pening nak masak lauk apa setiap hari, boleh la guna cili kisar ni untuk pelbagai masakan. Cili kisar ni boleh tahan selama satu bulan tau. Jom Admin share kan macam mana nak buat.
Terima kasih Aida Md Salleh untuk perkongsian tips kekalkan cili boh tahan lama ini 🙂
Bahan-bahan:
Cili kering
Garam
1 ulas bawang putih
Cara-cara:
- Pastikan pilih cili yang lembut, kerinting dan tidak berapa kilat.
- Gunting cili tersebut, buang biji nya dan basuh sehingga bersih.
- Seterusnya, rebus cili kering tersebut menggunakan air tapis selama 15 minit.
- Apabila sudah lembut, toskan air rebusan dan basuh. Jangan basuh menggunakan air paip biasa.
- Bilas sebanyak dua kali.
- Kisarkan cili tersebut menggunakan air tapisan. Jangan sesekali menggunakan air paip biasa.
- Masukkan sedikit garam, dan seulas bawang putih sebagai bahan anti kulat.
Tips: Guna sudu yang khas apabila mahu mengambil lada tersebut. Jangan campur dengan penggunaan sudu lain.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Aida Md Salleh(Tiktok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos