fbpx

Coconut Choc Chip Cookies. Peminat Kelapa Harus Cuba, Kerangupannya Terasa Hingga Ke Hati.

iCookAsia

Siapa peminat kelapa cookies di sini? Resipi ini merupakan hasil perkongsian chef cilik, Danish Harraz namun diolah kembali untuk mengurangkan manis.

Saya dah beberapa kali buat coconut choc chip cookies dari resipi kid baker Danish Harraz, sangat sedap cuma saya olah resepinya utk kurang manis dan rasa sesuai dengan tekak saya. tqsm adik danish atas great sharing tu ya?

“So if ada yang nak try cara sukatan ni , boleh try  dan jika nak yg original resepi boleh search danish kat group ni @ google pun senang.”

 

COCONUT CHOC CHIP COOKIES

Bahan :

250g butter } dicairkan

3/4 cwn gula putih

2 bj telur gred A

1 sk esen vanilla

2 1/4 cwn tpg gandum } diayak

1 sk baking soda } diayak

1/2 sk garam halus

1 1/2 cwn mini choc chip

1 1/2 cwn kelapa parut ( desiccated coconut @ hawaiian coconut)

Bahan :

1.Campurkan gula, butter cair, telur dan esen vanilla. Kacau sebati menggunakan spatula.

2.Kemudian campurkan bahan ayak dengan garam, gaul sebati namun jangan terlebih kacau.

3.Masukkan choc chip dan coconut , kacau sekata.

4.Selepas itu, skop adunan guna sudu atau ice cream scoop 3cm.

5.Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit atau sehingga masak.

6.Saya tambahkan masa untuk bagu cookies lebih rangup.

Happy baking lovelies 😋😋🌺🌹🌷

Sumber : Nor Azliza Mohamed

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x