fbpx

Comel Je Roti Bentuk Reben Ini, Sesuai Untuk Sarapan Pagi. Cicah Dengan Susu Pun Sedap!

iCookAsia

Kalau anda peminat roti, mesti cuba resepi ini. Sekali sekala buat bentuk yang berbeza, nak makan pun rasa terliur hehe. Yang penting, rasa tetap sedap dan gebu sahaja. Boleh cuba cicah dengan susu best juga.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Liyana Izzati  perkongsian resipi Roti Reben ini 🙂

Bahan-bahan:

2 biji kuning telur

1 sudu besar susu tepung

5-6 sudu besar madu / 60 g gula

120 g air

250 g tepung high protein/ gandum

1 sudu kecil Yis

35 g unsalted butter

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan kesemua bahan dan gaul.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan.
  3. Seterusnya, timbang doh seberat 40 g dan terus bentukkan.
  4. Biar kembang dan sebelum bakar tabur tepung sebagai hiasan.
  5. Akhir sekali, bakar suhu 160 C selama 15 hingga 20 minit dengan menggunakan pi atas bawah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Liyana Izzati(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x