Siapa sahaja yang tak suka makan aiskrim kan? Dengan rasanya yang sedap dan pelbagai perisa menjadikan ramai yang suka. Tapi apa kata kali ini anda cuba pula resepi dari seorang pengguna Facebook ini iaitu Aiskrim Malaysia berperisa Bluemint Dynamite.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Che Marlyah Ina Saad perkongsian resipi Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
4 tin air
1/2 sudu kecil garam
Bahan B:
5 sudu besar tepung ubi (rata jangan membukit sangat, dibancuh dengan air dahulu)
Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan bahan A ke dalam periuk dan kacau bagi sebati.
- Kemudian, didihkan atas api sederhana hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
- Apabila sudah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
- Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih sekejap.
- Tutup api dan sejukkan dan tapis ke dalam jug.
- Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah diketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
- Akhir sekali, tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Che Marlyah Ina Saad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity