Awas! Cream puff comel ni boleh buat anda jatuh cinta! Heheheeheš¤£
Bahan-bahan
– 3 biji telur
– 1 1/2 cawan tepung gandum
– 1 cawan air
– 2/5 cawan mentega
– Coklat untuk hiasan
*Untuk Inti
– 2 biji pisang sederhana
– 1/2 cawan gula
– 3 sudu besar mentega
– 1/2 cawan susu sejat
– 3 sudu besar tepung kastard dicampur 3 sudu air
– 1/2 cawan air
Cara Membuat
1. Mula-mula didihkan air bersama mentega biarkan sebentar. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati untuk dijadikan doh
2. Kemudian, tutup api dan biarkan doh sedikit suam
3. Untuk inti pula, campurkan gula, mentega, susu sejat dan larutan kastard didalam mangkuk, kacau rata. Masukkan ke dalam periuk, panaskan sambil dikacau sehingga pekat
4. Setelah adunan puff suam, masukkan kedalam mesin pemutar, masukkan telur, kacau adunan sehingga sebati
5. Setelah itu, masukkan adunan kedalam piping beg, pipe kan bulat mengikut saiz yang disukai
6. Bakar puff sehinga saiznya mengembang. Biarkan sejuk seketika setelah dibakar
7. Potong kan ditengah dan pipe kan inti serta susunkan pisang. Letakkan bahagian atas yang dipotong setelah dihias coklat
8. Selamat Mencuba!
#iCookAsia #resepicreampuff #creampuffpisang #bananacreampuff
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: [email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/