Menerusi perkongsian Mira Nabila Wahiba, resepi Crispy Seaweed Popiah versi tersendiri ini cukup ringkas namun padu.
Apa yang penting, gunakan empat jenis tepung yang diberikan sebagai panduan mencipta kerangupan dalam setiap gigitan.
Bahan :
Sengkuang
Lobak merah
Mayonis
Kulit popia basah
Seaweed
Bahan tepung crispy :
Tepung gandum
Tepung beras
Tepung jagung
Tepung castard (saya syorkan jenama bestari yang warna hijau perisa jagung manis)
Garam
Cara bancuhan tepung :
1.Bancuh tepung macam adunan goreng pisang.
2.Masukkan adunan tepung dalam botol 5 lubang seperti botol roti jala, selepas itu picit dalam kuali yang penuh minyak panas, buat kuantiti yang banyak so jangan expect tepung tu terus berderai dalam kuali.
3.Angkat dan toskan. Tumbuk bagi berderai. Jangan tumbuk terlalu hancur, nnti hilang rasa rangup.
4.Sukatan semua tepung dipakai sepaket. Dapat dalam kuantiti 20kg
Cara seperti dalam gambar.
Sumber : Mira Nabila Wahiba