Siapa peminat Ayam Percik di sini? Anda wajib cuba resepi Ayam Percik Kelantan ini. Dikatakan ia merupakan resepi tradisi orang Kelantan sepanjang bulan Ramadhan. Tengok gambar pun dah tahu sedap. Mesti terliur kan? Hehe.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Wan Muhammad Hafiz Satar perkongsian resipi Ayam Percik Kelantan ini 🙂
Bahan bahan:
Bahan A:
1 ekor ayam (biasa orang potong 4)
Bahan B (Untuk Perapan):
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
Bahan C (Untuk Kuah):
2 pek santan pekat
7 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Garam secukupnya
Gula (kena ada rasa manis)
1/4 keping asam keping (letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam)
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.
- Selepas itu, bolehlah dibakar.
- Cara pengguna Facebook ini buat lain, ayam yang diperap tadi disusun dalam rice cooker pastu tekan suis. Biarkan ayam masak dalam rice cooker tersebut. Senang dan ayam pun juicy.
- Apabila ayam masak boleh bakar sekejap sehingga nampak garing-garing sedikit bahagian luar dan siram dengan kuah percik.
- Nak tebal salutan kuah tersebut kena ulang siram dalam dua tiga kali. Siram bakar siram bakar sampai nampak tebal. Baru sedap.
Cara membuat (Untuk Kuah Percik):
- Mula-mula, kisar semua bahan kuah dan masakkan di atas dapur bersama santan dengan api perlahan sambil terus dikacau.
- Masak sehingga kuah pekat.
- Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wan Muhammad Hafiz Satar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity