Best kan kalau dapat makan Nasi Ayam Hainan. Kalau buat resepi Nasi Ayam Hainan ini pun boleh juga. Tidak menggunakan garam atau gula pun tau, resepi sihat orang kata. Yang penting, tetap rasa kelazatan hidangan ini.
Mesti tak sabar nak cuba kan? Jom kita try.
Terima kasih untuk Nadiah Halim perkongsian resipi Nasi Ayam Hainan ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Nasi Ayam, 10 orang makan):
4 cawan beras wangi atau biasa
4 cawan air
4/5 paha ayam
1 bawang besar holland (potong 4)
2 kiub ayam Maggi
3 inci halia (potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan semua bahan di atas, letak ayam, bawang, daun bawang di atas sekali.
- Masak dengan api perlahan selama 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali atau periuk dengan penutup.
- Ayam boleh goreng untuk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.
Bahan B (Untuk Taugeh atau Sayur):
4 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak
Cara membuat:
- Pertama sekali, bawang putih dipotong dadu dan gorengkan dengan minyak.
- Masukkan sos tiram dan goreng sekejap.
- Akhir sekali, masukkan sayur.
Senang kan? Tak perlu risau dah kalau anda nak makan Nasi Ayam Hainan lepas ni. Guna sahaja resepi ini. Jimat masa dan sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nadiah Halim(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity