Kadang-kadang mesti runsing nak masak apa untuk sarapan pagi kan? Dah macam-macam menu dimasak. Apa kata anda cuba resepi mudah ini iaitu Roti Gulung Sardin. Nampak biasa je kan tapi sedap. Confirm tak cukup makan satu ni.
Jom kita try.
Terima kasih Siti Noor Hidayah Samah untuk perkongsian resipi Roti Gulung Sardin ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Inti):
1 tin sardin (Boleh ambil isi ikan sahaja kalau tak nak ambik sos dan hancurkan ikan)
1 biji bawang besar (Cincang halus)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar mayonis
Garam
Gula
Cara Membuat:
- Pertama sekali, tumis bawang hingga wangi.
- Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau sekejap.
- Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masak sehingga sedikit kering.
- Tutup api dapur dan masukkan mayonis. Kacau rata.
- Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas2. Ketepikan.
Bahan B (Untuk Bancuhan Tepung):
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1/4 cwn tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yang spicy)
2 sudu besar marjerin
2 1/4 cawan air
Cara Membuat:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar.
- Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan dan goreng hingga masak.
Tips: Kalau tak nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali sewaktu menggoreng. Cukup sekali balik sahaja.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Noor Hidayah Samah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity