Risoles antara kudapan popular yang mula mendapat tempat di kalangan orang kita. Resipi yang berasal dari Perancis ini boleh dipelbagaikan intinya mengikut selera masing-masing. Dan di Indonesia, mereka menggabungkan Risoles bersama cili padi, memang sedap terangkat.
Menurut Eka Zahra, Risoles boleh menggunakan ayam, daging, seafood dan manisan seperti coklat untuk intinya.
Bahan Kulit :
80 gram Tepung ubi kayu
80 gram Tepung gandum
80 gram Tepung jagung
1 sudu teh Garam
2 sudu besar Minyak
3 biji Telur
400 ml Air
200 ml Susu cair
Cara :
- Satukan semua bahan kulit risoles, kacau sebati kemudian tapiskan.
- Panaskan non stick pan atas api sederhana. Ambil sesenduk adunan kemudian dadarkan dengan nipis.
- Setelah bahagian tepi dadar kering dan tidak melekat, angkat dan ketepikan.
- Ulang proses hingga adunan habis.
Bahan Inti (ragout) :
1/2 isi Ayam bahagian dada – direbus (simpan air rebusannya)
1 batang Lobak merah – dipotong bentuk mancis atau bentuk dadu
1 biji Kentang – dipotong bentuk mancis atau bentuk dadu
1/2 biji Bawang holland
3 ulas Bawang putih – dicincang
1/2 cawan Air rebusan ayam
1 sudu besar Tepung jagung – dicairkan dgn 1/2 cawan air
1 cawan Susu cair
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
Lada putih secukupnya
Butter untuk menumis
Bahan Pencelup dan Pelapis :
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Cara :
- Carik halus isi ayam yang sudah direbus tadi. Ketepikan.
- Cairkan butter kemudian tumis semua bawang hingga wangi.
- Masukkan lobak merah dan kentang, kacau rata. Masukkan air rebusan ayam. Masak sehingga mendidih.
- Selepas itu masukkan ayam, lada putih, garam dan Maggi Cukup Rasa, kacau sebati.
- Masukkan susu cair dan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat. Angkat dan biarkan sejuk.
- Ambil sekeping kulit risoles kemudian letak inti dan lipat seperti dalam gambar.
- Bancuh tepung gandum bersama air sehingga menjadi adunan pencelup yang tidak pekat sangat dan tak cair, sedang elok untuk lekatkan pada risoles.
- Celupkan risoles kemudian golekkan dalam serbuk roti.
- Setelah proses melapis selesai, simpan risoles sekurang-kurangnya satu jam dalam peti ais supaya bahan pelapis melekat.
- Goreng risoles sehingga keperangan. Angkat dan toskan atas tisu dapur dalam posisi berdiri supaya minyak turun dan tak mendap di bahagian bawah risoles.
- Risoles siap dihidang bersama sos kegemaran, mayonis, mustard atau cili padi.
Kredit resipi dan foto : Eka Zahra
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/