fbpx

Cucur Bebola Cheese, Sekali Tarik Macam Makan Pizza. Anak-Anak Tentu Suka.

iCookAsia

Cara membuat cucur Bebola Cheese ini sama seperti membuat cucur tepung, cuma memerlukan sedikit tambahan bagi menjadikannya lebih istimewa.

Dan untuk cheese, terpulang kepada ibu-ibu untuk menggunakan cheese jenis apa kerana setiap satu menghasilkan efek yang berbeza. Jika mahu cheese ditarik seperti pizza, gunakan mozarella. Jika tidak, gunakan sahaja keju chedar.

 

Bahan Yis :

1 paket yis mauripan*

2 sudu besar Susu pekat manis*

2 sudu besar Gula pasir*

2 cawan Air suam*

 

Bahan Lain :

Kepingan cheese

1 kg Tepung gandum

4 sudu besar Planta

Sedikit garam

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan yis dan biarkan ia mengembang.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum bersama planta dan garam. Gaul sebati sehingga menjadi serbuk.
  3. Selepas itu masukkan yis tadi dan uli sehingga menjadi doh. Perap selama 15 minit.
  4. Selepas doh mengembang, bulatkan doh sebesar bola pingpong dan masukkan cheese ke dalam doh tadi dan bulatkan kembali.
  5. Rehatkan doh yang sudah diuli supaya ia mengembang sekali lagi.
  6. Panaskan minyak dan goreng doh menggunakan api perlahan.
  7. Selepas siap digoreng, golekkan bebola dengan gula. Jika tidak suka, nikmati begitu sahaja.

Kredit resipi & foto : Noriza Awang Hamat

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x