fbpx

Cucur Jawa atau Cucur Topi. Nampak Senang, Tapi Nak Buat Kuih Ini Perlukan Kesabaran.

iCookAsia

Kuih legend, Cucur Jawa atau dikenali juga dengan nama Cucur Topi. Rasanya yang lemak manis ini menjadi kegemaran ramai. Tetapi, zaman sekarang ini tak ramai yang tahu dan tahu untuk buat. Seperti pengguna Facebook ini, katanya susah juga untuk buat kuih ini hingga menjadi. Walau bagaimanapun, anda perlukan practice dan pastikan teknik memasak ini betul ya!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Cucur Jawa ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

2 cawan air

1 cawan gula merah

½ cawan gula putih (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Masak gula putih, gula merah dan air sehingga larut, ketepikan dan biar suam.
  2. Bancuh semua bahan kemudian perap 5-8 jam(saya perap 3 jam sahaja).
  3. Goreng minyak sikit macam nak masak goreng telur mata. 
  4. Api jangan terlalu perlahan dan juga kuat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x