fbpx

Daging Bakar Danok. Rasa Masam, Manis, Jus Daging Merecik Dalam Mulut…Just Perfect

iCookAsia

Viral habis resepi Daging Bakar Danok hasil perkongsian Diaz Yushazlina, melihatkan gambar sahaja membuatkan kecur liur tak sabar nak menjamah.

Nak ke Danok, pelbagai perkara harus di ambil kira, kos pengangkutan, penginapan dan pasport kalau sudah expired, jadi lagi satu hal. Jadi apa kata kita buat sendiri di rumah.

Bahan perapan daging
Daging sekilo
1sk sos ikan
2 sb sos tiram
2@3 sb Brown sugar
Sekeping gula melaka
1 sk lada hitam
Sedikit minyak
Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

Bahan sos
Akar daun ketumbar
Daun ketumbar
1sb beras (sangaikan dulu)
1@2 ulas bwg putih
1@2 sk sos ikan (ikut tahap masin tekak masing2)
2 biji limau nipis
1 sk brown sugar
1/2 keping gula melaka (tumbuk kasi hancur campur air sikit)
Chili flakes
1 sk sos cili
1 sk sos tiram
1 labu bawang besar (hiris nipis)

Cara
1. Tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih smpai lumat
2. Masukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yg disangai, perahan limau nipis
3. Masukkan sos cili dan sos tiram (saja tambah utk pekatkan sos)
4. Masukkan daun ketumbar yg dipotong
5. Masukkan chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah)
6. Masukkan bawang besar yg dipotong tadi
7. Kalau tawar, tambahkan sedikit garam

# untuk daging cepat lembut bila nk masak..perap semalaman dan hiris halia keping2..perap sekali dengan daging

Sumber : Diaz Yushazlina

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x