Kebiasaannya, kita selalu tengok resepi daging salai masak lemak kan, sekarang kita cuba pula daging bakar masak lemak. Sekarang kan susah nak cari daging salai, jadi kita bakar sendiri daging tu. Jom cuba.
Terima kasih Akma Abdullah untuk perkongsian resipi Daging Bakar Masak Lemak ini 🙂
Bahan-bahan:
1kg dagingÂ
1 kotak santan kecil
1 batang serai (diketuk)
2 keping asam keping
GaramÂ
Kunyit
Bahan kisar:
3 batang serai
1 biji bawang besar
Cili padi (bergantung ikut tahap kepedasan yang diingini)
Kunyit hidup
Cara memasak:
- Bersihkan dan potong daging ikut citarasa masing-masing, perap daging dengan kunyit dan garam dalam 2 ke 3 jam.
- Bakar daging (guna air fryer pun boleh ) suhu 180, 20 ke 25 minit, tengok untuk bagi masak sekata.
- Masukkan bahan kisar, serai ketuk dalam kuali, masukkan daging bakar dan air sedikit. 4. Masak sampai daging lembut, boleh tambah air kalau kering.
- Daging dah lembut masukkan asam keping dan santan, biar sampai mendidih sambil dikacau. Perasakan mengikut citarasa anda.
Masak daging anda menggunakan SHEFU Stainless Steel Stock Pot untuk rasa yang lebih ummphhh.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Akma Abdullah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos