Resipi Daging Black Pepper perkongsian CT Nazura ini cukup menggiurkan. Walaupun cukup mudah untuk dimasak, namun perkara utama yang harus dipastikan ialah cara memotong daging yang betul supaya hasilnya cukup lembut dan senang dikunyah.
Tip memotong daging yang tepat ialah mengenal pasti arah urat daging dan potong arah bertentangan. Ia demi memastikan daging senang dimakan dan tidak liat
Bahan :
1 kg Daging
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Lada hitam biji*
3 sb Sos lada hitam
1 sb Sos cili
2 sb Sos tiram
Kicap manis
Bawang holland
Cili api hijau & merah – lebih sedap menggunakan cili benggala
Tomato
Cara :
- Rebus daging sehingga empuk.
- Kisar bahan bertanda * dan tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan daging dan air daging yang direbus tadi. Gaul rata.
- Masukkan sos lada hitam, sos cili dan sos tiram. Kicap bergantung kepada nak kuah hitam bagaimana. Masak sehingga agak pekat.
- Selepas itu masukkan bawang holland, tomato dan cili.
- Perasakan dengan garam dan perasa.
Kredit resipi & foto : CT Nazura
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/