fbpx

Daging Masak Kurma Sedap Terangkat.

iCookAsia

Selain kari dan gulai, masak kurma antara menu wajib yang dihidangkan di rumah kan? Rasa ala sup namun dengan rasa rempah yang lebih pekat dan kaw, siapa yang akan menolak kan?

Melihatkan kurma daging resipi Masni Bahari ini sudah cukup membuatkan kecur liur. Cara membuatnya agak mudah dan untuk sukatan terpulang kepada citarasa masing-masing, jika mahukan kuah yang pekat, lebihkan bahan-bahan dan kurangkan air.

 

Bahan kisar :

Bawang besar

Bawang putih

Halia

 

Bahan lain :

Daging

Rempah kurma

Santan

Kerisik

Ubi kentang

4 sekawan

Serai – ketuk

Air asam jawa

Garam

Serbuk perisa

Daun kari

Minyak

 

Bahan Hiasan :

Bawang besar – hiris tebal

Cili muda – belah dua

Cili merah – jika suka

Tomato – belah 4

 

Cara :

  1. Rebus daging dalam kuali atau periuk.
  2. Selepas itu tuangkan minyak bersama bahan kisar, rempah kurma, serai, 4 sekawan, daun kari, kerisik dan sedikit air.
  3. Apabila daging hampir empuk, letakkan ubi kentang dan santan. Masak sehingga ubi kentang empuk.
  4. Selepas itu perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan air asam jawa. Gaul rata.
  5. Akhir sekali letakkan bahan hiasan, kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Masni Bahari

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x