fbpx

Daging Masak Merah Ala Thai. Wajib Cari Sos Cap Labu. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Daging masak merah ni memang kegemaran ramai jika berkunjung ke kedai tomyam kan. Kalau buat sendiri memang sudah nak dapat macam di kedai, namun resipi ini berkongsi satu resipi rahsia yang wajib ada untuk melengkapkan rasa.

 

“Harini nak kongsi resepi kegemaran ramai di kedai tomyam. Wajib Order kalau pergi kedai tomyam anak-anak pun suka kan. – Sos cap labu saya beli dekat kedai runcit, ada yang komen tadi dekat mydin ada jual. Kalau tak jumpa juga boleh beli dekat Shopee. Kalau tak letak sos cap labu pun boleh cuma tak berapa sama la macam kita selalu makan dekat kedai tomyam tu.”

Bahan :

Daging

Sos Cap labu

Sos Tomato

Sos Cili

Sos Tiram

Bawang putih

Daun Limau

Bawang holand

Carrot

Pes cili kering(takda dlm gambar)

Cili merah

Cili padi (boleh tambah kalau nak pedas)

Daun bawang/daun sup hiasan

Pes cili kering

Cara :

1. Rebus dengan dengan 1 sudu kecil pewarna merah, 2 sudu besar sos cap labu, gula dan garam secukup rasa.

2. Angkat daging dan potong. Ketepikan. Air rebusan jangan dibuang, simpan untuk membuat kuah.

3. Goreng sebentar daging yang dipotong tadi tapi jangan lama dan garing, nanti keras. Ketepikan.

4. Tumis bawang putih menggunakan minyak goreng daging tadi.

5. Masukkan pes cili kering dan tumis sehingga naik bau.

6. Masukkan sos cap labu, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masak sebentar.

7. Tambah air rebusan daging, ikut citarasa nak kuah lebih atau tidak.

8. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

9. Masukkan lobak merah dan bawang holland.

10. Masukkan daun limau dan daging yang telah digoreng tadi. Tutup api.

11. Taburkan daun bawang dan daun sup.

Sumber : Myra Chaqkey

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x