fbpx

Dah 25 Tahun Dalam Perniagaan Menjual Pau, Tapi Masih Ramai Yang Beratur Untuk Membeli Di Pau Puchong Wak Din

iCookAsia

Pau Puchong Wak Din

Mesti ramai yang suka makan pau kan? Hari ini, Admin nak share dengan anda semua di luar sana akan satu kedai tepi jalan yang menjual pau dengan pelbagai jenis inti yang sangat sedap dan menarik. Mesti tak sabar kan nak tahu? Jom kita tahu kisah mengenai gerai ini.

Kepada sesiapa yang ingin tahu, satu gerai tepi jalan yang dikenali sebagai Pau Puchong Wak Din telah viral di media sosial di mana beliau telah menjual pau yang datang dengan pelbagai jenis inti. Daripada situ, ia telah memikat ramai orang yang sanggup datang ke Puchong semata-mata untuk merasa sendiri kelazatan pau yang dijual.

Bukan itu sahaja, gerai ini telah dibuka dan dijalankan selama 25 tahun oleh Pak Cik Wan Din dan juga keluarga beliau. Lama kan? Tidak hairan lah memang terbukti kelazatan pau yang dijual kerana tempoh perniagaan yang sudah lama namun masih ramai yang membeli di sana.

Bercakap mengenai waktu perniagaan, Gerai Pau Puchong Wak Din akan menjual bermula pada pukul 1 petang sehingga 8 malam daripada hari Isnin hingga Sabtu. Jadi anda semua boleh pergi hari apa sahaja untuk berkunjung ke gerai beliau yang terletak di Puchong.

“Kita bukan jual mahal, janji buat hari ini, hari ini habis”

Itu adalah antara kata-kata Pak Cik Wan Din mengenai perniagaan beliau. Kalau anda nak tahu, pau-pau yang dijual sangat murah tau. Memang tak masuk akal dengan saiz pau yang sangat besar dan inti yang padat. Ada enam jenis inti yang dijual di gerai ini iaitu Pau Kacang, Pau Ayam Telur Puyuh, Pau Daging Telur Puyuh, Pau Kaya, Pau Kelapa dan Pau Coklat.

Mesti nak tahu kan harga berapa? Hanya bermula RM 1.20 hingga RM 2 sahaja. Memang sangat murah pau yang dijual oleh beliau. Takkan jumpa di tempat lain. Sekali makan, mesti nak lagi. Jadi, kalau anda nak beli, beli banyak dan boleh makan banyak juga.

Kepada peminat makanan pau, anda wajib berkunjung ke Gerai Pau Puchong Wak Din ini yang bertempat berdekatan dengan LRT Puchong Perdana.

Kredit informasi: KL Foodie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x