fbpx

Dah Bosan Makan Burnt Cheesecake, Olah Sedikit Jadi Chocolate Burnt Cheesecake

iCookAsia

Sekarang memang ramai dah cuba Burnt Cheesecake, apa kata kali ini kita cuba pula Resipi Chocolate Burnt Cheesecake ini. Penggemar coklat pasti suka kan. Jom kita cuba. 

Terima kasih Yanie Isa untuk perkongsian resipi Chocolate Burnt Cheesecake ini 🙂

Bahan-bahan:

250gm cream cheese

1/4 cwn castor sugar

3 biji telur

1 st esen vanilla

2 sb tepung naik sendiri

2 sb serbuk koko

200gm dark choc

200ml whipping cream

Cara membuat:

  1. Double boil dark choc. Ketepikan.
  2. Pukul cream cheese + gula smpi creamy & kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan esen vanilla. Ayak tepung naik sendiri & serbuk koko dlm adunan & blend.
  4. Masukkan pula melted dark choc. Pukul sampai sebati.
  5. Masuk whipping cream. Pukul lagi sampai sebati.
  6. Masuk dlm loyang bulat 6″. Hentak loyang sikit untuk buang bubbles dlm adunan.
  7. Panaskan air fryer pada suhu 160°C selama 5min dan bakar pada 160°C selama 25min.

p/s: Simpan semalam dlm fridge sebelum makan lagi sedap

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yanie Isa (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x