fbpx

Dapat Buat Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai Pun Best, Mudah Dan Sedap Pula Tu

iCookAsia

Siapa di sini peminat makanan Thailand? Sedap kan? Apatah lagi Thailand dikenali dengan makanan yang memang luar biasa kelezatannya. Boleh lah cuba buat hidangan ini pula. Admin pun ikut terliur dah ni hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Zatul Iffah Zamani perkongsian resipi Ikan Siakap Stim Limau ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan siakap

Bawang putih

Cili padi

Halia

Limau nipis

Daun ketumbar

Daun limau purut

Kiub ayam

Sos ikan

Gula

Garam (bila perlu)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, hiris serong serai, halia panjang dan siat-siat kan daun limau purut. Kemudian masukkan kedalam perut ikan itu.
  2. Cincang bawang putih. Hiris cili padi. Hiris daun ketumbar. Perah limau dan masukkan sos ikan mengikut cita rasa masing-masing. Kemudian masukkan sedikit gula dan daun ketumbar yang dihiris halus. Tidak perlu letak garam sebab sos ikan sudah masin. Jika sudah bancuh, ketepikan dulu.
  3. Kemudian, masukkan stok ayam atau kiub ayam dengan air dalam kuali. Boleh letak air banyak mana pun.
  4. Apabila air stok ayam sudah mendidih, masukkan ikan ke dalam kuali. Kemudian tutupkan kuali tersebut.
  5. Bagi yang pakai pengukus, air stok ayam terus campur dengan ikan dan kukus terus macam biasa. Tak perlu tunggu stok ayam mendidih.
  6. Biarkan ikan itu bersauna dalam 15 hingga 20 minit sehingga dia sudah nmpk masak. Kalau tengok belum masak lagi, tambah masa.
  7. Kalau sudah masak, masukkan ikan yang sudah dimasak dengan air lebihan stok ayam tersebut ke dalam pinggan yang nak dihidang.
  8. Kemudian, curah sahaja  bahan bawang putih dan cili padi bersama sos ikan dan perahan limau tadi ke atas ikan.
  9. Akhir sekali, hias ikan mengikut kesukaan masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Zatul Iffah Zamani(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x