Sedap kan kalau dapat makan dessert yang lembut dan manis yang cukup? Apa kata cuba buat resepi paling mudah ni iaitu Puding Roti Marble. Tak perlu risau, resepi ini hanya menggunakan bahan yang mudah didapati sahaja.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zura Zul perkongsian resipi Puding Roti Marble ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Kisar Hancur Atau Halus):
4 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar esen vanilla
Bahan B:
20 g agar agar tali
5 cawan air
3/4 cawan gula
Cara membuat:
- Mula-mula, masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan kacau serata.
- Kemudian, masukkan bahan yang dikisar, pastikan untuk sentiasa kacau sehingga agak-agak pekat. Tutup api.
- Bahagikan adunan agar-agar kepada 3 hingga 4 bekas. Warnakan ikut suka.
- Seterusnya, sudukan setiap warna berselang seli dalam loyang dan bertindan-tindan sehingga habis adunan. Kemudian, lorekkan dengan lidi. Bekukan dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Akhir sekali, potong dan hidangkan sejuk-sejuk.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zura Zul(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity