Mesti ada sesetengah orang yang kena ada dessert selepas makan kan? Apa kata anda cuba resepi Cheesekut ini, mudah dan sedap tau. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Nak makan, ambil sahaja. Jimat masa.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Syuhada Che Din perkongsian resipi Cheesekut ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
200-250 g cream cheese
1 paket biskut cream crackers
1 kotak kecil susu segar
1/2 tin susu pekat (Kalau nak manis boleh guna 3/4 tin)
Bahan B (Untuk Layer atau Topping):
Milo
Nestum
Oreo
Cornflakes
Boleh guna mana-mana sahaja mengikut citarasa masing-masing
Cara membuat:
- Mula-mula, blend kan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Guna dalam 4 sudu besar sampai kembang atau gebu.
- Sediakan bekas.
- Ukur biskut dan adjust siap-siap. Seterusnya, letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. Rendam biskut tersebut sekejap dalam susu segar. Jangan lama-lama. Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
- Kemudian tabur milo atau apa-apa topping yang anda suka.
- Ulang langkah tersebut sampai habis adunan cream cheese. Boleh hias topping mengikut citarasa .
- Akhir sekali, apabila sudah siap, sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Syuhada Che Din(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity