Dengar sahaja nama Kek Batik, mesti ramai yang suka makan kan? Dengan rasa yang manis sedap, memang sangat best. Makan satu sahaja tak pernah cukup. Yang lagi menarik, Kek Batik ada pelbagai jenis seperti Kek Batik Ganache, Biscoff dan Cheese tau. Tapi kali ini jom kita buat Kek Batik Marie.
Jom try.
Terima kasih Buat Orang Lapo untuk perkongsian resipi Kek Batik Marie ini 🙂
Bahan- bahan:
200 gram biskut marie (dipatah-patahkan)
125 gram mentega
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuat:
- Mula-mula, satukan kesemua bahan-bahan kecuali biskut marie dan mentega ke dalam kuali. Jangan buka api pada waktu ini. Kacau dengan whisk hingga semua sebati.
- Kemudian, masukkan mentega dan pasang api sederhana kecil.
- Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat.
- Seterusnya, masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan dan matikan api.
- Tuang biskut yang sudah siap dimasak ke dalam loyang. Tekan biskut tadi sehingga padat
- Akhir sekali, simpan dalam peti sekurang-kurangnya 4 jam atau hingga boleh dipotong.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Buat Orang Lapo(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity