fbpx

Donut Pandan Susu. Rasa Nak Pengsan Sebab Sedap Sangat. Resepi WAJIB Cuba!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka Kuih Donut kan? Kebiasaannya, anda akan beli di gerai tepi jalan sahaja untuk nikmati kelembutan Kuih Donut pada waktu pagi. Tetapi, untuk perkongsian resipi kali ini sangat mengancam. Sebab apa? Seorang pengguna Facebook ini membuat Donut versi Pandan Susu. Tengok sahaja gambar sudah tahu sedap dan bikin terliur kan? Jom buat!

Terima kasih Zaimah Zakaria untuk perkongsian resipi Donut Pandan Susu ini 🙂

Bahan-bahan:

1 sudu kecil garam 

500gm tepung roti 

11 gm yis 

10 gm bread improver 

20 gm susu tepung

50 gm gula pasir 

2 biji telur gred A 

80 gm butter atau marjerin

160 gm air sejuk

2 sudu kecil pandan paste 

Susu tepung untuk salut donat

Cara memasak:

  1. Campurkan semua dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
  2. Masukkan air sejuk sikit-sikit.
  3. Uli sampai jadi doh yang licin.
  4. Timbang setiap satu. Cadangan untuk timbang 50gm.
  5. Bulat-bulatkan canai sikit. Ambil penutup botol tekan pada tengah-tengah.
  6. Tunggu naik sikit boleh goreng guna api perlahan je.
  7. Salut dengan susu atau gula halus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zaimah Zakaria (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x