Satu masalah bagi ibu-ibu di dapur, nak borong santan, tapi risau cepat basi. Kalau beli sedikit, nanti bila hendak digunakan waktu memasak, tiada stok pula.
Nelisa Sofea punya penyelesaian mudah. No hanky panky, hanya gunakan plastik aiskrim sahaja.
Tips :
1. Sebelum gunakan santan, bahagikan kuantiti sesuai dalam plastik aiskrim, ikat dan simpan dalam chiller. Bahagikan mengikut kuantiti sekali masak.
2. Setiap kali buka kotak santan, jika ada lebihan, tuangkan ke dalam plastik aiskrim.
3. Jangan lupa labelkan tarikh luput pada plastik aiskrim ya
4. Jangan letak di atas freezer, letakkan di bahagian bawah untuk mudah memasak.
Sumber : Nelisa Sofea