fbpx

Fuh Memang Sedap Sambal Hijau Petai Dengan Nasi Bersama Ikan Goreng

iCookAsia

Siapa di sini peminat Sambal? Anda memang wajib cuba resepi ini. Confirm suka bila sekali makan. Cukup dengan rasa pedas yang kena dengan cita rasa. Bertambah berselera bila makan ni. 

Terima kasih Hairul Nizam Ijam untuk perkongsian resipi Resepi Sambal Hijau Petai ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A:
15 ulas petai (dibelah dua)
200 g ikan bilis (direndam)
2 biji bawang besar kuning (dimayang)
Sedikit jus limau nipis
Garam secukup rasa

Bahan B (Tumbuk):
5 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
5 ulas bawang merah
2 cm lengkuas

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
  2. Kemudian, masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga sebati.
  3. Masukkan petai, bawang besar, jus limau nipis serta garam secukup rasa.
  4. Gaulkan hingga rata dan kemudian angkat.
  5. Akhir sekali, pastikan bahan tumbuk dibiarkan masak sehingga betul-betul garing kemudian barulah dimasukkan kesemua bahan lain.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hairul Nizam Ijam(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x