Satu-satunya batu yang boleh dimakan dan merupakan sejenis mineral penambah perasa dalam masakan selain sebagai bahan pengawet.
Tahukah anda, budaya Arab hanya akan memasukkan garam sesudah makanan mula suam. Malah, menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.
Amalan ini bertujuan untuk menggalakkan setiap makanan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan dipam menerusi sistem pembersihan buah pinggang.
Garam putih, garam biasa yang digunakan dalam masakan harian, namun proses kimia yang dilalui menyebabkannya tidak sesuai untuk tubuh manusia.
Garam laut pula dikeringkan menerusi proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal dan hampir 100 peratus asli dan lebih baik daripada garam putih.
Garam bukit dikatakan yang terbaik untuk tubuh manusia menurut kajian yang dilakukan. Ia mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan tubuh badan.
Khasiat Garam
1. Menghilangkan kotoran kerang
Rendam kerang bersama garam bagi meneutralkan kotoran kerang.
2. Mengurangkan kemasinan ikan masin
Ikan kering yang terlalu masin boleh direndam di dalam air garam bertujuan mengurangkan kemasinannya.
3. Merawat kegatalan
Sapukan air garam di tempat yang gatal.
4. Melegakan kepenatan
Setelah seharian bekerja, amalkan minum air sejuk yang dicampur sedikit garam bagi melegakan kepenatan. Petua ini sering diamalkan oleh orang tua-tua zaman dahulu yang melakukan kerja berat seperti bersawah.
5. Merawat cirit birit
Minum air yang dicampur sedikit garam bagi melegakan sakit perut.
6. Mengubat gout
Ambil garam kasar dan goreng seketika di atas kuali. Kemudian sapukan di tempat sakit ketika garam masih panas. Ataupun, pergi ke pantai dan rendamkan badan di dalam pasir laut.
7. Mabuk perjalanan
Jika anda sering mabuk ketika naik kenderaan, amalkan minum air yang dicampur garam dan madu sebelum memulakan perjalanan.
Foto : Google