Lempeng kelapa cukup enak dimakan bersama sambal tumis. Bukan sahaja untuk sarapan pagi, malah cukup sesuai untuk kudapan petang.
Resipi asal Lempeng kelapa ini diperoleh Rozilah Yahya Rozee menerusi perkongsian di laman Facebook dan dikongsikan kembali untuk manfaat bersama. Hasilnya cukup garing diluar, lembut di dalam dan sangat sedap.
Bahan :
1 cawan Tepung gandum
2 cawan Kelapa putih
1/4 Santan
1 cawan Air kelapa
Sedikit garam
Cara :
- Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
- Sediakan kuali non stick pan. Sapukan sedikit marjerin dan tuangkan adunan tadi.
- Leperkan mengikut ketebalan yang disukai.
Kredit resipi & foto : Rozilah Yahya Rozee
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/