Kebiasaannya Gulai Daging akan dimakan bersama dengan nasi. Kalau nak cicah dengan capati atau roti canai pun boleh tau. Sangat sedap rasanya. Kalau makan lauk ini dengan nasi panas, dijamin tak cukup makan satu pinggan sahaja dengan kuah yang sangat sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Roskaryati Abu Bakar perkongsian resipi Gulai Daging ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg daging
2 paket Rempah Kari Daging Babas
Santan (RM 4)
3 sudu kerisik
2 tangkai daun kari
Bawang putih, bawang merah dan sedikit halia (Dimayang)
Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
Kentang dan carrot (Jika suka)
Cara membuat:
- Mula-mula, daging dibasuh bersih dan digaul dengan rempah kari daging dan kerisik.
- Kemudian, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
- Apabila kelihatan kekuningan, masukkan daging yang digaul dengan rempah kari dan kerisik tadi.
- Tambahkan pula 2 cawan air.
- Masak daging tersebut hingga kering dan pecah minyak.
- Seterusnya, apabila sudah pecah minyak, masukkan santan. Kalau suka pekat, tambahkan sedikit air sahaja dalam santan.
- Jika sudah mendidih, masukkan kentang.
- Akhir sekali, jika kentang sudah empuk, masukkan cili hijau atau cili merah. Boleh tutup api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Roskaryati Abu Bakar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity