fbpx

Gulai Daging Tanpa Santan Ini Rasanya Sangat Sedap Dan Padu. Confirm Ramai Berebut Makan.

iCookAsia

Masakan yang menggunakan Ayam dah menjadi kebiasaan kan? Apa kata kali ini, Admin kongsikan resipi yang menggunakan Daging. Seperti seorang pengguna Facebook ini, yang menariknya beliau kongsikan cara memasak Gulai Daging tanpa menggunakan Santan. Biasa orang akan gunakan Santan kan? Nak tahu apa rasa? Jom la cuba!

Terima kasih Zana Mokhtar untuk perkongsian resipi Gulai Daging ini 🙂

Bahan-bahan:

Daging

Kari ikan

Kari daging

Kurma

Sos tiram

Air asam jawa

Bawang merah dan putih yang dah di kisar

Bawang merah di hiris

Bawang putih di hiris

Halia di hiris

Halba daging

Garam

Ubi kentang 

Cara memasak:

  1. Rempah kari daging, ikan, kurma dan 2 sudu bawang yang dah di kisar. Bancuh satu mangkuk.  
  2. Tumiskan halba, bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dihiris halus halus tadi. Sehingga naik bau. 
  3. Selepas itu, masuk kan bancuhan rempah kari tadi. Dan sos tiram dalam 2 sudu macam itu. Biarkan sampai pecah minyak. 
  4. Masukkan daging dan air sedikit biarkan sampai empuk. 
  5. Dah empuk daging tambah air dan air asam jawa. Dan juga garam. Dan juga kentang. Biarkan mesra macam tu sampai kentang tu masak. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x