fbpx

Guna 1 Resepi Je, Boleh Buat Chocolate Ball, Waffle Dan Pancake. Menariknya!

iCookAsia

Sejak musim PKP yang sudah banyak kali ini, membuatkan rakyat Malaysia menjadi begitu kreatif dengan kongsikan pelbagai resepi tau. Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau membuat satu resepi adunan yang boleh menghasilkan hidangan pencuci mulut seperti Chocolate Ball, Waffle dan Pancake. 

Berguna sangat. Macam-macam jenis pencuci mulut kita boleh nikmati dalam satu masa. Jimat juga masa kita. Hehe… jom cuba!

Terima kasih Rahmah Rosmin untuk perkongsian resipi Chocolate Ball/ Waffle/ Pancake ini 🙂

Bahan A:

2 cawan tepung gandum atau tepung naik sendiri

1 camca K baking powder

1/2 camca K bikarbonat soda

Secubit garam

1 camca K esen vanilla

2 camca B butter / marjerin (cairkan)

2 biji kuning telur

2 camca B gula kastor

300ml susu full cream (anggaran 1 1/3 cawan)

Bahan B:

2 biji putih telur

Cara membuat:

  1. Dalam bekas, campurkan semua bahan A dan kacau sebati.
  2. Dalam bekas lain pula, pukul bahan B hingga gebu.
  3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kaub balik sehingga sebati.
  4. Biarkan seketika lebih kurang 10 minit.

*Adunan sedia digunakan untuk membuat chocolate ball atau waffle atau pancake.

*Resepi ini menggunakan acuan takoyaki je untuk membuat chocolate ball.

*Jika guna tepung naik sendiri, hasilnya lebih gebu berbanding guna tepung gandum (tapi masih okay).

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rahmah Rosmin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x