fbpx

Guna Acuan Ni, Boleh Buat Kuih Lapis Bunga Sakura. Cantik Betul, Berbunga-Bunga Bila Makan.

iCookAsia

Hidangan Kuih Lapis secara tradisinya berbentuk segi empat kan? Tetapi sekarang ni, dah pelbagai acuan yang digunakan untuk membuat kuih ini. Bentuk kuih apam pun ada. Kreatif sangat. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau menggunakan Acuan bunga yang anda sendiri boleh dapatkan di Shopee! Cantik betul hasil kejadiaan. Kalau ada anak perempuan tu, mesti seronok tengok Kuih Lapis Bunga Sakura ni. Jom buat!

Terima kasih Nawar Azhar untuk perkongsian resipi Kuih Lapis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 cawan gula pasir

4 cawan santan

Sedikit garam

Pewarna pink

Acuan (dioles dengan minyak)

Cara membuat:

  1. Panaskan kukusan. 
  2. Satukan semua bahan dan kacau rata. Pastikan tiada tepung yang berketul.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian warna asal (putih), 1 bahagian lagi warna pink. 
  4. Ambil 3/4 sudu makan adunan putih dan kukus 3 minit pada api sederhana.
  5. Apabila lapisan putih sudah masak, ambil 1 sudu makan adunan pink dan tuang atas lapisan bawah. Kukus untuk 3 minit lagi.
  6. Buat langkah yang sama sampai adunan habis. Untuk lapisan akhir kukus selama 10 minit.
  7. Biarkan kuih lapis sejuk dahulu baru dikeluarkan dari acuan.

*Untuk lapisan pertama sebaiknya guna 3/4 sudu makan adunan. Dan lapisan seterusnya guna 1 sudu makan supaya nampak corak bunga di tengah-tengah. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nawar Azhar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x