Kalau anda nak tau, Ayam Pandan ni sangat sedap tau dan ramai dah yang cuba buat. Admin pun dah cuba hehe. Bukan itu sahaja, bila dihidangkan panas-panas, aroma Ayam Pandan ni sangat nikmat ye. Makan satu sahaja, confirm tak cukup. Sebab itu, korang wajib cuba tau.
Jom.
Terima kasih Elaine Tan untuk perkongsian resipi Ayam Pandan ini 🙂
Bahan-Bahan:
500g dada ayam (potong ketul dan boleh dapat dalam 25 ketul)
2 bungkus perencah bihun goreng adabi
2 sudu besar minyak
Daun pandan
Toothpick atau satay stick
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, perapkan ayam dengan perencah bihun goreng adabi dengan minyak selama 3 jam.
- Kemudian, pastikan potong daun pandan.
- Gulung ayam dengan daun pandan tersebut.
- Kemudian, cucuk dengan menggunakan toothpick atau satay stick.
- Susun dalam air fryer.
- Pastikan untuk masak ayam tersebut selama 20 minit pada suhu 180°C.
- Selepas 10 minit, pusingkan ayam tersebut.
Senang kan? Makan dengan nasi panas pun sedap atau makan macam tu sahaja.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Elaine Tan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos