fbpx

Guna Bahan Simple Sahaja Untuk Buat Resepi Ayam Goreng Berlada Ini

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Ayam Goreng Berlada kan? Mudah sahaja nak buat hidangan ini. Lagi sedap kalau makan dengan nasi panas, memang nikmat rasa dia. Confirm bertambah makan ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nanie Afizan Abu Bakar perkongsian resipi Ayam Goreng Berlada ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam sebelah potong kecil ikut selera anda

4 tangkai cili merah besar buang biji (kisar kisar)

10 tangkai cili padi hijau (kisar kasar)

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan

1 biji bawang besar

1 sudu besar gula

Secubit garam

Secubit ajinomoto

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gorengkan ayam, jangan terlalu garing. Ketepikan. Gunakan minyak yang sama untuk menumis pula, kurangkan minyak.
  2. Tumis bawang besar sampai naik bau.
  3. Kemudian, masukkan cili besar serta cili padi yang sudah dikisar kasar tadi. Kacau sampai sebati.
  4. Seterusnya, masukkan gula, garam, sos tiram dan sos ikan. Pakaj mengikut citarasa masing-masing samaada nak kurang  atau ikut resepi. Mana-mana boleh.
  5. Kacau semua sampai semua sebati.
  6. Akhir sekali, baru masukkan ayam dan kacau lagi sampai semua bahan tadi nampak sedikit kering. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nanie Afizan Abu Bakar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x