Teringin tak nak makan petang yang ala fancy tapi simple sahaja? Apa kata cuba buat resepi Ayam Bakar ini. Mudah dan rasanya sangat sedap. Memang menjadi permintaan yang tinggi ni dari anak-anak di rumah.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Fazilawati Binti Padzil perkongsian resipi Ayam Bakar ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
12 ketul ayam
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili kimball
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar serbuk perasa hilal atau yang sedia ada
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 ulas bawang putih tumbuk kasar
Bahan B (Kisar Kasar):
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
Cara membuat:
- Mula-mula, gaulkan kesemua bahan sekali dan perap semalaman.
- Kemudian, bakar pada suhu 180 hingga 200 selama 40 minit.
- Untuk oven pengguna Facebook ini, gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja.
- Jika sudah siap, boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fazilawati Binti Padzil(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity