Kuih Buah Melaka ini antara kuih tradisional yang cukup mudah untuk disediakan. Untuk inti di dalam, ada yang sukakan buah melaka cair, namun ada yang gemarkan rasa rangup biji buah melaka. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
Selalunya kuih yang menggunakan kelapa, jika tidak disediakan dengan betul akan cepat basi. Jadi untuk buah melaka tahan lebih lama, kukus kelapa parut dalam lima hingga tujuh minit terlebih dahulu sebelum digaulkan.
Bahan :
1 paket Tepung pulut – dapat menghasilkan 60 biji buah melaka)
Air pandan secukupnya
1 ketul Gula melaka – potong kecil
Kelapa parut – ambil putih sahaja
Garam secukupnya
Cara :
- Kukus kelapa parut terlebih dahulu. Campurkan sedikit garam. Ketepikan.
- Bancuh tepung pulut bersama air pandan. Pastikan jangan terlalu lembik, cukup sekadar boleh dikepal dan tidak berderai.
- Cubit sedikit tepung dan masukkan gula melaka dan bulatkan.
- Kemudian terus masukkan ke dalam air yang mendidih. Biarkan buah timbul dan itu tandanya kuih sudah masak.
- Golekkan dalam kelapa yang sudah dicampurkan sedikit garam.
Kredit resipi & foto : Salbiah Bt Mustapar
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/