fbpx

Guna Roti Gardenia Pandan Kelapa Ni Untuk Buat Puding Roti. Bersama Kuah Kastard Pandan Sedap!

iCookAsia

Admin pasti ramai yang tahu Roti Gardenia yang sedang viral baru-baru ini, iaitu perisa Pandan Kelapa. Memang susah nak dapatkan ini. Limited edition katanya. Kalau anda berpeluang untuk dapatkan perisa ini di mana mana pasaraya, boleh la buat Puding Roti seperti seorang pengguna Facebook ini. 

Nampak menyelerakan betul dengan Sos Kastard pandan tu. Jom try!

Terima kasih Suzy Love Baking untuk perkongsian resipi Puding Roti Pandan Kelapa ini 🙂

Bahan-bahan:

10 keping roti pandan kelapa Gardenia

2 biji telur gred A *

2 -3 sudu besar gula *

2  1/2 cawan susu segar/full cream*

Esen vanila 1 sudu kecil*

1/4 sudu kecil pandan paste *

Kismis

Kacang almond (optional)

Cara penyediaan:

  1. Potong 4 setiap roti dan susun roti dalam loyang.
  2. Campur semua bahan bertanda (*).
  3. Tuang ke atas susunan roti sehingga roti terendam.
  4. Taburkan kismis dan hirisan kacang almond.
  5. Bakar pada suhu 180 selama 40 minit api atas bawah. Kemudian api atas sahaja sebentar untuk garingkan bahagian atas. 

Bahan untuk Sos Kastard:

1 cawan susu segar/fullcream

1 cawan susu cair

3 sudu besar gula

2 sudu besar tepung kastard

Sedikit pandan paste

Cara penyediaan: Campurkan semua bahan dan kacau sehingga pekat di atas api sederhana.

*Kalau rajin boleh blend daun pandan asli.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suzy Love Baking (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x