Dalam setiap rumah, pasti ada satu botol air kordial oren seperti jenama SunQuick kan? Sebab inilah cara mudah untuk membuat air. Sejuk-sejuk, baru anak-anak suka. Tetapi, pernahkah anda jumpa Sunquick ini digunakan dalam masakan?
Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau menggunakan SunQuick untuk membuat Ayam Panggang. Hm, tertanya juga, apa rasanya. Baik, kalau nak tahu rasanya bagaimana, jom cuba masak!
Terima kasih Azean Niniko untuk perkongsian resipi Ayam Panggang SunQuick ini 🙂
(Ayam Panggang)
Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih (blend kasar)
1 biji bawang besar (blend kasar)
1 1/2 inci halia (blend kasar)
2 sudu makan cili blender
Sedikit minyak
Sedikit madu
Sedikit gula perang
3 sudu makan Sunquick
Spaghetti Bolognese Herbs/Mixed Herbs
Sedikit sos tomato
Lada hitam di kisar/tumbuk
Garam
Cukup Rasa
Caranya:
- Perap ayam dengan semua bahan.
- Bakar 180c 25min.
(Saya guna air fryer Philips HD9860)
(Nasi)
Bahan-bahan:
Beras Basmathi – rendam 20 minit dan toskan
Minyak sapi/marjerin
4 biji bawang merah kecil* dikisar kasar
3 ulas bawang putih* dikisar kasar
1 1/2 inci halia* dikisar kasar
3 sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis)
5 helai daun pandan – disimpul
2 Kiub ayam
Sedikit garam
Cara membuat:
- Tumis bahan (*) dengan minyak sapi/marjerin hingga naik bau.
- Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. Tunggu sedikit layu.
- Masukkan beras. Gaul sebentar.
- Masukkan air, sedikit garam dan kiub ayam. Tanak nasi seperti biasa.
- Bila nasi dah hampir masak, letakkan pewarna (jka suka).
- Nasi dah masak baru gemburkan dengan garfu. Boleh hiaskan dengan gajus yang telah digoreng dan daun pudina.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azean Niniko (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos