Kalu sebut je mengenai ayam goreng, semua boleh cuba untuk buat di rumah. Tapi kualiti nya tidak rangup seperti di KFC. Jadi hari ni, Admin nak share satu resipi untuk buat ayam goreng yang rangup dan sedap hanya menggunakan Tepung Bestari sahaja.
Jom kita try.
Terima kasih Akmall Razlan untuk perkongsian resipi Ayam Goreng ini 🙂
Bahan-Bahan:
AyamÂ
Tepung Bestari
Air
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, Campurkan potongan ayam dengan tepung Bestari dan air secukupnya. Pastikan adunan tidak cair sangat dan tidak pekat sangat. Cair sedikit daripada batter kuih kodok tepung.
- Gaulkan dan letakkan selama 30 hingga 45 minit dalam peti ais.
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Sediakan tepung Bestari kosong tanpa air untuk coating.
- Keluarkan ayam, coat ayam tadi dengan tepung tadi.
- Akhir sekali, goreng sehingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Akmall Razlan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos