Katanya ini adalah Kek Legend. Kepingan Hawflakes ni yang buat Legend. Terus menggamit memori waktu sekolah dahulu. Tak sangka boleh dijadikan antara bahan untuk Kek Lapis Masam Manis ini. Menarik! Jom cuba?
Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kek Lapis Masam Manis ini 🙂
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
2 1/2 cawan tepung biskut marie (biskut marie kisar halus)
1/2 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula kastor
250 g butter
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
Hawflakes (masam manis) – secukupnya
Pewarna ikut suka
Cara membuat:
- Pukul butter dan gula hingga kembang putih.
- Masuk telur satu persatu.
- Masuk ovellete, susu pekat dan esen vanilla.
- Ayak tepung biskut marie bersama baking powder.
- Kemudian masuk sekali dalam adunan butter tadi. Gaul sebati.
- Bahagi kepada 2 bahagian dan letak pewarna ikut suka.
- Sediakan pengukus dan panaskan air kukusan dulu.
- Menggunakan loyang 8/9 inci, sapu butter. Alas dengan baking paper. Tuang dalam 1 cawan dan ratakan. Susun hawflakes dan selepas itu kukus selama 10 minit.
- Keluarkan lapis pula warna lain, susun hawflakes dan kukus selama 10 minit. Ulang proses lapisan sampai habis.
- Pada lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
- Kek dah betul-betul sejuk, baru boleh potong.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/