Kuih Lapis merah jambu adalah resipi asal kuih tradisional Malaysia ini. Bukan merah jambu sahaja, sekarang ini ramai yang sudah tukar menjadi warna lain. Tetapi, tak pernah lagi dibuat orang kuih lapis ditukar perisa nya. Seperti seorang pengguna Instagram ini, beliau tukarkan kepada lapisan atau kombinasi Jus Pandan dan Serbuk Koko. Rasa lain daripada yang lain.Â
Terima kasih dapurkakzura untuk perkongsian resipi Kuih Lapis Pandan Coklat ini 🙂
Bahan-bahannya:
(Bahan A)
1 1/4 cawan Gula
1 cawan Air
3 helai Daun pandan (simpulkan)
Caranya:
- Masak sampai mendidih dan larut gula,
- Sejukkan.
(Bahan B)
2 cawan Tepung beras
1 cawan Tepung gandum
1/2 cawan Tepung jagung
3 1/2 cawan Santan sederhana pekat
Sedikit Garam
Caranya: Gaul hingga rata dan sebatikan.
(Bahan C)
3 – 4 sudu besar Serbuk koko
3 sudu besar Air suam untuk bancuh serbuk koko
1/2 cawan Air pandan
5 helai daun pandan
1/2 cawan air
1 sudu kecil Pewarna hijau
Caranya: Dikisar semua bahan dan tapiskan
Cara penyediaan:
- Satukan bahan A dam B. Gaul-gau rata dan sebati kan. Kemudian, tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bekas sama banyak atau boleh lebihkan bahagian yang hijau.
- Kedua-dua bekas ni, campuran dengan bahan C. Kacau-kacau rata dan sebatikan.
- Panaskan pengukus hingga mendidih. Sediakan loyang saiz 7/8 dan sapu sedikit minyak Panaskan dalam pengukus selama 3 minit.
- Mulakan melapis dengan tuang 1 cawan yg hijau. Kukus selama 5 minit.
- Lapisan ke 2, coklat. Juga kukus selama 5 minit.
- Seterusnya ulangi proses yang sama hingga selesai. Lapisan terakhir kukus selama 25 ke 30 minit.
- Akhir sekali, angkat dan sejuk kan dahulu, baru dipotong ikut suka.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapurkakzura (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/Â