fbpx

Hasil Resipi Siakap Bakar. Walaupun Simple Tapi Rasa Tetap Padu

iCookAsia

Kalau teringin nak makan Siakap Bakar, boleh cuba resepi ini. Simple sahaja tapi rasa hidangan ini memang sedap. Lagi sedap kalau dapat makan dengan nasi panas. Confirm makan pun bertambah ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rozmaliza Omar atas perkongsian resipi Siakap Bakar ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (Boleh guna ikan lain juga)

3 sudu besar majerin atau butter

4 sudu besar susu pekat manis

1/2 cawan santan pekat KARA

Sedikit serbuk kunyit

Garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masak semua bahan-bahan di atas kecuali ikan dengan api perlahan sahaja sehingga kelihatan agak pekat sedikit.
  2. Kemudian, rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya, boleh tutup api dan ketepikan.
  3. Pastikan ikan dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
  4. Seterusnya, bakar ikan dengan api yang sederhana. Setelah siap bakar, sapukan kuahnya atas ikan sambil-sambil dibakar lagi. Jika sudah nampak bersalut elok, boleh diangkat.
  5. Akhir sekali, hidangkan dengan sambal kicap atau air asam kerisik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x